Ruang Berita Terkini

26.07.2014

Fasa kedua pembinaan jalan Kampung Rayang-Munggu Kupi-Tanah Puteh-Sebemban sedang rancak dijalankan.

15.02.2013

Jalan Kampung Rayang-Munggu Kupi-Tanah Puteh-Sebemban kini dalam proses pembinaan. Jalan sepanjang 12km bernilai RM60 juta ini adalah dalam fasa pertama pembinaannya. Fasa pertama adalah dari KM55 Jalan Utama Kuching Serian sehingga Sumpon Baak. Fasa seterusnya bermula dari Sumpon Baak. Kontraktor yang bertanggungjawab dengan projek berkenaan iaitu Shin Yang adalah bertanggungjawab membaiki jalan kampung yang terjejas oleh kerja-kerja pembinaan jalan kerana ia adalah terkandung dalam spesifikasi kerja. Walaubagaimanapun faktor cuaca melambatkan kerja-kerja tersebut.

Jambatan baru Kampung Rayang sepatutnya sudah giat dijalankan. Kontraktor yang memperolehi tender iaitu Titanium memaklumkan bahawa kerja pembinaan terbantut kerana pihak JKR belum memindahkan sistem paip. Pihak Telekom dan Sesco walaubagaimanapun difahamkan telah memindahkan kabel telefon dan kabel elektrik.

Dewan Serbaguna Kampung Rayang akan dibina fasa demi fasa kerana peruntukan tidak dapat diberi sekaligus.

Penduduk Kampung Yang Dikurniakan Anugerah Banyak Berjasa (Berdasarkan Rekod Yang Ada)

Berikut adalah beberapa nama penduduk Kampung Rayang yang telah diberikan 'Anugerah Banyak Berjasa' kerana banyak berjasa kepada kampung. Malangnya, tiada rekod yang lengkap tentang penerima-penerima anugerah berkenaan. Administrator blog ini meminta maaf sekiranya ada nama-nama penerima anugerah daripada Kampung Rayang tidak termasuk dalam senarai di bawah.

1. En.Suning Ak. Sawir
  • pernah menjadi Ketua Sembahyang Kristian Katolik dari tahun 60an hingga 70an.
  • menderma tanah untuk tapak perkuburan Umat Katolik Kampung Rayang menjadi 'tukang nyumpon' semasa Majlis Perayaan Gawai
2. En. Kanang Ak. Jammet
  • pernah menjadi Pengerusi PIBG SRK Rayang (SK Rayang)
  • bertugas sebagai Pengapit mendiang Ketua Kaum Sungam Ak. Tipas pada tahun 70an hingga 80an
  •  mengetuai pembukaan kampung rangkaian 'Punok'
3. En. Phillip Moss Ak. Rangut
  • bertugas sebagai Pengapit Ketua Kaum kepada mendiang Ketua Kaum Sungam Ak. Tipas dan mendiang Ketua Kaum Janen Ak. Mambang 
  • pernah menjadi Ketua Sembahyang Kristian Katolik Kampung Rayang pada tahun 80an hingga 90an
4. En. Richard Kumin Ak. Gadug
  • bertugas sebagai Pengapit Ketua Kaum kepada mendiang Ketua Kaum Sungam Ak. Tipas dan mendiang Ketua Kaum Janen Ak. Mambang pada tahun 80an hingga sekitar tahun 2000
  • aktif sebagai ahli KGK Gereja Katolik Kampung Rayang pada tahun 80an hingga sekitar tahun 2000
5. En. Janen Ak. Mambang
  • pernah bertugas sebagai Ketua Sembahyang Kristian Katolik pada tahun 80an hingga sekitar tahun 2000
  • menjadi Ketua Kaum pada tahun 2001 hingga tahun 2005
6. En. Addie Emai
  • banyak memberi derma peribadi kepada Gereja Katolik St. Paul Kampung Rayang dan untuk aktiviti-aktiviti yang diadakan di peringkat kampung
7. En. Enchee Ak. Inggak
  • pernah menjadi Pengapit kepada mendiang Ketua Kaum Sungam Ak. Tipas
  • pernah menjadi ahli KGK Gereja Katolik St. Paul Kampung Rayang
8. En. Danil Ak. Abon
  • pernah menjadi ahli KGK Gereja Katolik St. Paul Kampung Rayang
  • pernah menjadi Ketua Sembahyang Kristian Katolik Kampung Rayang
9. En. Alban Idit Ak. Suli
  • pernah menjadi ahli KGK Gereja Katolik St. Paul Kampung Rayang
  • pernah menjadi Guru Agama bagi Kristian RC Kampung Rayang
  • banyak memberi sumbangan peribadi kepada Gereja St. Paul Kampung Rayang
10. En. Benedict Achew Ak. Nagur
  • pernah menjadi ahli KGK Gereja Katolik St. Paul Kampung Rayang
  • pernah menjadi Ketua Sembahyang bagi Kristian RC Kampung Rayang
  • pernah menjadi salah seorang daripada pemegang akaun Gereja Katolik St. Paul Kampung Rayang 
11. Pn. Christina Rosa Ak Ranyah
  • aktif sebagai Ketua Wanita dalam pertubuhan PBB peringkat Kampung Rayang sehingga sekarang
  • aktif sebagai Ketua Biro Wanita Kampung Rayang sehingga sekarang

Padi Huma

Padi Huma

Total Pageviews

About Me

My photo
A man with many interests and takes almost anyone as a friend.Loves to learn and try new ideas.